Pendakwah bebas, PU Rahmat menegur segelintir pihak yang melabel sebuah universiti terkemuka sebagai ‘Universiti Maksiat’ susulan isu pementasan teater baru-baru ini.
Menerusi perkongsian di Threads, PU Rahmat berkata pusat pengajian berkenaan masih mempunyai banyak program berilmu yang melahirkan golongan cendekiawan termasuk dari Akademi Pengajian Islam (API).
BACA: “Jangan Halang Nadzmi Benarkan Ardell Pergi Berjuang” – PU Rahmat

“Melabel UM sebagai universiti maksiat adalah keterlaluan, masih banyak program berilmu dan API adalah lubuk atau rahim melahirkan ramai cendekiawan,” katanya.
Dalam pada itu, PU Rahmat turut berharap insiden berkenaan dapat dijadikan sebagai peringatan kepada pihak universiti agar isu tersebut tidak lagi berulang.
“UM wajar mengambil kes ini sebagai ‘wake-up call’ dan mengubah polisi. Sedikit kesalahan jangan meruntuhkan segala kebaikan. berpada-padalah wahai umat kerana kita umat bukan nabi yang maksum,” katanya.
Terdahulu, tular rakaman video memaparkan babak intim antara seorang lelaki dan wanita di pentas yang dipercayai sebahagian daripada pementasan teater sebuah universiti awam terkemuka.




