Khairul Aming dipuji elak ‘shoot’ staf wanita ketika buat aktiviti di air

Khairul Aming dipuji elak ‘shoot’ staf wanita ketika buat aktiviti di air

Pempengaruh dan juga usahawan terkenal, Khairul Aming dipuji kerana mengelak dari mengambil gambar ataupun video staf-staf wanita ketika melakukan aktiviti di air sewaktu percutian mereka selama lima hari di Penang.

Tindakan yang bagus

Perkara tersebut dinyatakan seorang pengguna X dikenali sebagai husainiibrahim apabila merasakan tindakan tersebut sangat bagus walaupun mungkin sesetengah daripada kita tidak perasan tentang hal tersebut.

Khairul Aming dipuji

Khairul Aming dipuji, tiada video staf wanita basah2

Menerusi video yang dikongsi Khairul Aming, dia hanya berkongsi video sewaktu staf-staf lelakinya bermain air sahaja serta aktiviti-aktiviti lain yang mungkin boleh memperlihatkan aurat jika dilakukan oleh wanita.

@khairulaming

Kita tutup kilang selama 5 hari untuk bawa kesemua 100 staff Khairulaming bercuti di Penang Semua staff dapat hotel 5 star bilik seaview, duit poket untuk shopping, main escape park, parasailing, banana boat, jetski, explore bandar georgetown, makan nasi kandar, grand dinner dan macam-macam lagi. Yang penting semua staff dapat berehat and bercuti dgn happy 😁❤️

♬ original sound – Khairulaming – Khairulaming

Khairul Aming dipuji, mungkin terlihat remeh tapi tak semua dapat lakukan

Ujar pengguna X itu lagi, perkara tersebut mungkin dianggap remeh oleh sebahagian content creator, namun jika individu tersebut faham akan hal berkenaan pasti mengelak daripada memuat naik video yang boleh membuatkan kaum wanita tidak selesa.

Artikel lain: Khairul Aming bawa 100 staf bercuti di Penang – “Semua dapat hotel 5 star, bilik sea view”

Terbaik! Semoga usaha tersebut terus diberkati

Perkongsian tersebut telah mendapat perhatian ramai dan kebanyakan mereka setuju dengan apa yang dinyatakan pengguna X tersebut.

Mereka juga berharap hal seperti itu terus dikekalkan dan mendoakan supaya apa yang dikerjakan oleh Khairul Aming serta staf-stafnya terus diberkati oleh Allah S.W.T.

Mula2 ingat tiada staf wanita

Semoga dia terlindung dari fitnah dunia

Sebelum ini, pempengaruh tersebut memaklumkan yang dia menutup dua buah kilang Sambal Nyet dan Dendeng miliknya untuk membawa para staf bercuti selama lima hari di Pulau Pinang.

Selain daripada membawa mereka bercuti dan menginap di hotel bertaraf lima bintang, usahawan terbabit turut memberikan duit poket bagi membolehkan staf-stafnya berbelanja sewaktu percutian itu.

Sumber: X husainiibrahim, TikTok khairulaming

Scroll to Top