Khairul Aming Tegur Content Creator Taksub Imej ‘CEO’, Nasihat Perlu Cepat ‘Move On’ Dari Kejayaan Lama

Khairul Aming Tegur Content Creator Taksub Imej ‘CEO’, Nasihat Perlu Cepat ‘Move On’ Dari Kejayaan Lama

Personaliti media sosial dan usahawan terkenal, Khairul Aming tampil memberi pesanan terbuka kepada para pencipta kandungan agar tidak terlalu terikat dengan imej atau kejayaan lampau, sebaliknya terus bergerak maju dalam kerjaya masing-masing.

Menerusi sebuah video tular di Threads, Khairul menyuarakan pandangannya ramai ‘content creator’ masa kini terlalu mengejar gaya hidup ala ‘CEO’ semata-mata untuk kelihatan hebat di mata umum.

“Orang kita terlampau taksub nak living the lifestyle as CEO. You want to be look as someone credible, ada status, ada imej yang lawa. Let’s be honest, people don’t care. Respect is not given, it’s earned,” katanya.

Menurutnya, pencapaian seseorang dalam dunia digital tidak kekal lama dan tidak sepatutnya dijadikan tempat bersandar.

“In today’s world, your achievement is good as yesterday sahaja. Ada yang buat video setiap hari dapat tontonan lima ke 10 ribu, and they used to hit one million.

“Dia ‘pinned’ video one million, two million views dekat profil. Bila tengok, that was like two to three years ago. Move on sebab bila buat macam tu nanti you akan rasa diri you pernah berjaya,” ujarnya.

Khairul turut berkongsi bagaimana dirinya sendiri enggan terus menyimpan rekod lama sebagai ukuran kejayaan masa kini.

“Kalau saya go around people, I pernah cakap satu juga dalam masa dua minit 24 saat. Tahun ni kalau saya boleh hit satu minit 20 saat, saya rasa bagus dah dari tahun lalu.

“But no. I’m done with that record. Moving to the next one. Dah lah taksub dengan 90 saat.

“Video yang korang upload FYP 5 minit 5 saat tu, orang dah lupa tapi korang dah lima tahun masih pinned lagi. Saya cepat move on daripada my own success. I hate being in comfort zone,” jelasnya.

Walaupun mengakui jadual kerjanya sangat padat, Khairul berkata dirinya lebih selesa bekerja keras demi menghasilkan kandungan lebih baik.

“Boleh tanya dengan semua pasukan saya, semua penat duduk sebelah saya, minta saya rehat sekejap. I am tired, but I am happy this way,” katanya.

Pesanan itu menerima pelbagai reaksi positif daripada netizen yang menyifatkan Khairul sebagai contoh terbaik dalam industri pencipta kandungan, selain sentiasa merendah diri dan bekerja keras tanpa meninggi diri dengan kejayaan lampau.

Scroll to Top