Penyanyi Linda Rafar meluahkan rasa sebak dan bangga apabila anaknya, Syed Rezaqib Syed Kamaruzaman meraih keputusan cemerlang 9A dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).
Memetik BH Online, Linda berkata dia melihat sendiri usaha anaknya untuk untuk belajar serta kagum dengan disiplin anaknya.
BACA: Linda Rafar Umum Keluar Elite
“Saya sedih, sebak dan bangga. Saya beri ruang. Saya beri ruang, tak terlalu push sangat. Tapi Aqib kuat solat dan dia akan khatam Al-Quran setiap bulan,” katanya.
Sementara itu, Linda berkata dalam tiga bulan terakhir sebelum SPM, anaknya memberi fokus untuk mengulang kaji serta perkara bermanfaat.
“Pada awalnya, dia belajar macam biasa. Tetapi, tiga bulan terakhir, dia hentikan semua aktiviti yang tidak bermanfaat dan fokus kepada solat, mengaji dan tuisyen,” katanya.
Dalam pada itu, Linda berkata dia sudah berjanji untuk menghadiahkan kereta buat Aqiib sebagai ganjaran di atas usahanya.
“Memang dah janji hendak bagi hadiah kereta, insya-Allah,” katanya.
Sumber: BH Online




