Kim Sae-ron  meninggal dunia

Kim Sae-ron  meninggal dunia

Seoul: Pelakon popular yang membintangi filem The Man from Nowhere dan The Neighbours, Kim Sae-ron, 24, ditemui meninggal dunia di rumahnya di Seongsu-dong, timur Seoul, semalam.

Sae-ron ditemui sekitar jam 4.55 petang (waktu tempatan) oleh seorang rakan yang merancang untuk bertemu dengannya.

Disebabkan gagal menghubungi Sae-ron, rakannya itu kemudian menelefon polis.

“Kami tidak menemui tanda-tanda perbuatan jenayah setakat ini tetapi kami sedang menyiasat punca kematiannya,” demikian kenyataan pihak polis.

Sae-ron pernah ditangkap kerana memandu di bawah pengaruh alkohol dalam tahun 2022 selepas keretanya melanggar besi penghadang jalan dan sebuah transformer.

Dia didenda sebanyak 20 juta won (RM54,000).

Pada April lalu, dia cuba kembali ke dunia lakonan dengan mengambil bahagian pada satu pementasan tetapi susulan satu kontroversi, dia menarik diri disebabkan masalah kesihatan. 

 

© New Straits Times Press (M) Bhd

Scroll to Top