Kimanis alami kualiti udara tidak sihat

Kimanis alami kualiti udara tidak sihat

Papar: Kimanis, sebuah kawasan di Papar, menjadi satu-satunya kawasan yang mempunyai kualiti udara tidak sihat di Sabah setakat jam 10 pagi tadi.

Menurut laman sesawang Jabatan Alam Sekitar (JAS), Kimanis yang terletak kira-kira 62 kilometer dari sini, menerima bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) 154 iaitu bacaan tidak sihat.

Keadaan itu berikutan beberapa insiden kebakaran hutan dan belukar minggu ini.

Selain itu, Papar juga sedang mengalami kemarau sejak beberapa minggu lalu menyebabkan Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah (JBPD) Papar mengisytiharkan daerah itu sebagai kawasan bencana bermula semalam.

JAS mengingatkan orang ramai supaya mengelak daripada melakukan pembakaran terbuka yang akan memburukkan kualiti udara ketika cuaca panas melanda.

© New Straits Times Press (M) Bhd

Scroll to Top