Bangkok: Seekor kerbau di Thailand meraih pengiktirafan kerbau air tertinggi dunia selepas disahkan mempunyai ketinggian 185 sentimeter (cm).
Pengiktirafan itu diberikan Guinness World Records kepada King Kong yang berusia tiga tahun.
King Kong yang dilahirkan di ladang di Nakhon Ratchasima, menonjol sebagai kerbau air sangat tinggi daripada purata spesiesnya.
Pemiliknya, Suchart Booncharoen berkata, nama haiwan itu bukanlah kebetulan kerana potensinya untuk berkembang menjadi kerangka besar sudah jelas sejak lahir.
Katanya, walaupun saiznya besar, King Kong adalah ‘gergasi’ lembut yang suka bermain dan berada di sekeliling orang ramai.
Dalam pada itu, Cherpatt Wutti yang bekerja di ladang itu turut berkongsi keperibadian haiwan itu.
“Ia sangat taat. Suka bermain-main, dicakar dan berlari-lari dengan orang ramai.
“Ia sangat mesra dan seperti mempunyai anak anjing yang besar dan kuat di ladang,” katanya kepada Guinness World Records.
Sebelum ini, Tommy menjadi spesies lembu luar biasa apabila diiktiraf tertinggi di dunia dengan ketinggian 187cm.
© New Straits Times Press (M) Bhd




