Kismis menjaga kesihatan

Share on facebook
Share on twitter
Share on email
Share on whatsapp

Lifestyle: Kismis adalah anggur yang dikeringkan yang kaya dengan sumber tenaga, vitamin, elektrolit dan mineral semula jadi. Lebih menarik, kismis mempunyai jumlah serat, vitamin, mineral dan antioksidan yang jauh lebih tinggi berbanding anggur segar. Walaupun kering, ia mengekalkan rasa manis semula jadi yang mana setiap 100 gram kismis hanya mempunyai 249 kalori. Jadi, ia sesuai bagi mereka yang menjaga pemakanan dan mengawal berat badan.

Tambahan pula, kandungan seratnya yang tinggi membantu memenuhi keperluan diet setiap hari seterusnya boleh membantu menurunkan berat badan dan melindungi diri daripada masalah sembelit. Setiap hari, kira-kira 20 hingga 35 gram serat diperlukan untuk memastikan tubuh berfungsi pada tahap optimum dan ia boleh diperoleh melalui kismis. Sebagai pengetahuan, serat penting dalam memastikan kandungan gula dalam darah stabil dan kismis adalah sejenis makanan yang tinggi dengan serat.

Di samping itu, kismis juga baik untuk kesihatan jantung dan jika dilihat pada fakta kesihatan di seluruh dunia, penyakit jantung antara penyebab utama kematian. Kismis adalah hidangan yang sihat dengan gula semula jadi dan juga pengganti gula bagi kebanyakan resipi dalam pelbagai hidangan. Justeru, kismis tidak harus dipandang ringan meskipun kecil kerana memberi manfaat kepada kesihatan.

Sumber: Metro

Akmal Hakim
Lifestyle Desk