Sebab ABPBH dibenarkan

Kuala Lumpur: Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata bahawa program Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) Ke-33 berada di bawah industri kreatif yang mana ianya termasuk dalam senarai aktiviti dibenarkan dan sudah dinyatakan dalam SOP Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) yang lalu.

Jadi, program hiburan itu diberi lampu hijau kerana ia termasuk dalam senarai aktiviti bukan terlarang namun perlu mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ketat.

Justeru, semua yang terlibat perlu mematuhi SOP ditetapkan iaitu wajib memakai pelitup muka, tiada penonton, tidak membabitkan warga asing dan jumlah kru yang minimum.

“Program itu juga akan dipantau oleh wakil daripada Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM). Jika berlaku perlanggaran, penganjur akan dikenakan tindakan”, katanya dalam sidang media MKN hari ini.

Anugerah tahunan berprestij sejak tahun 1987 itu akan disiarkan secara langsung dari Axiata Arena, Bukit Jalil pada 13 November 2020 pada jam 9 malam.

Sumber: BH

Akmal Hakim
Glamour Desk