'Kita hormati umurnya, bukan pandangannya' – Ahmad Zahid

'Kita hormati umurnya, bukan pandangannya' – Ahmad Zahid

zanariah_mutalib@bh.com.my

Kuala Lumpur: Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, beliau menghormati Tun Dr Mahathir Mohamad atas faktor usia bekas Perdana Menteri itu, namun bukan pendapatnya.

Pandangan Presiden Umno itu dibuat susulan kenyataan Dr Mahathir yang menyifatkan pemimpin Umno tidak lebih daripada lalat dalam Kerajaan Perpaduan.

“Saya fikir kita hormatilah… umurnya tapi saya tidak hormati pendapatnya,” katanya ketika ditemui selepas menghadiri majlis sambutan Tahun Baharu Cina anjuran MCA di sini, hari ini.

Sebelum ini, Dr Mahathir mendakwa pimpinan Umno tidak lebih daripada lalat dalam Kerajaan Perpaduan.

© New Straits Times Press (M) Bhd

Scroll to Top