KJ kritik negara jiran seperti ‘banana republic’, gesa kerajaan Malaysia bertindak tegas

KJ kritik negara jiran seperti ‘banana republic’, gesa kerajaan Malaysia bertindak tegas

Bekas Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin (KJ), menggesa kerajaan Malaysia mengambil pendirian lebih tegas berhubung isu jerebu yang didakwa berpunca daripada negara jiran.

Perlu tampil dengan pendirian lebih tegas

Menerusi kenyataan yang dikongsikan di Insta Stroy, KJ berpandangan kerajaan perlu tampil dengan pendirian lebih kuat terhadap negara berkenaan.

“Seseorang daripada kerajaan kita perlu mengambil pendirian yang lebih tegas terhadap negara jiran yang tidak cekap dan seperti sebuah republik pisang, sehingga menyebabkan perkara ini berlaku. Ayuh!” ujarnya.

KJ kritik negara jiran seperti ‘banana republic’, gesa kerajaan Malaysia bertindak tegas

Kritik tahap kecekapan negara jiran kawal jerebu

Dalam kenyataan sama, KJ menyifatkan negara jiran berkenaan sebagai “banana republic” selain mengkritik tahap kecekapan negara tersebut dalam menangani perkara yang menjadi punca kepada isu jerebu.

Gesaan itu dibuat ketika KJ mahu kerajaan Malaysia mengambil pendekatan yang lebih tegas, termasuk menyatakan pendirian secara jelas terhadap perkara yang memberi kesan kepada Malaysia.

Difahamkan, sebanyak 36 kawasan di seluruh negara mencatatkan bacaan Indeks Pencemar Udara (IPU) pada tahap tidak sihat, manakala 32 kawasan lagi berada pada tahap sederhana setakat pukul 11 pagi ini.

Media sosial juga dipenuhi dengan perkongsian daripada warganet yang memuat naik kondisi jerebu di lokasi masing-masing.

Sumber: Instagram khairykj

Scroll to Top