KKDW cadang langkah kepada syarikat dan agensi bagi lonjak keberhasilan

KKDW cadang langkah kepada syarikat dan agensi bagi lonjak keberhasilan

Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah atau dikenali sebagai KKDW cadang langkah kepada syarikat dan agensi di bawahnya bagi melonjakkan keberhasilan mereka di masa hadapan.

Menterinya Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, KKDW cadang langkah kepada syarikat dan agensi untuk melakukan perancangan strategik dan penepatan matlamat.

Foto: The Star

“Mulakan dengan menjalankan analisis menyeluruh tentang operasi semasa syarikat, kedudukan pasaran dan cari ruang baharu yang berpotensi untuk pertumbuhan.
“Tetapkan juga matlamat yang jelas dan boleh diukur untuk penjanaan hasil dan keuntungan tanpa melupakan objektif penubuhan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Amanat Menteri KKDW Kepada Pengerusi, Ahli Lembaga Pengarah dan Ketua Pegawai Ekskutif Syarikat Milikan Agensi KKDW di Kuala Lumpur, hari ini.

Artikel lain: Kanser di Malaysia mungkin naik 2 kali ganda jelang 2040 -Menteri Kesihatan

Selain itu, Ahmad Zahid turut berkata KKDW cadang langkah kepada syarikat dan agensi untuk melaksanakan pemantapan operasi bagi mengurangkan kos yang tidak perlu.

“Kemaskan operasi dengan mengurangkan kos yang tidak perlu dan maksimumkan produktiviti. Kalau ada lawatan luar negara yang hanya memberi impak minima, tangguhkan dahulu,” ujarnya.

Sementara itu, beliau yang juga Timbalan Perdana Menteri turut mencadangkan agar syarikat dan agensi membuat keputusan berasaskan data seperti organisasi yang menggunakan data sebagai nadi.

KKDW cadang langkah kepada syarikat dan agensi

KKDW cadang langkah kepada syarikat dan agensi

Foto: Berita Harian

“Banyak organisasi yang inovatif dan bernilai tinggi hari ini melihat data sebagai nadi mereka. Ia cukup berkuasa untuk mengukur prestasi masa lalu dan meramalkan atau mengoptimumkan prestasi masa hadapan,” katanya.

Dalam pada itu, Ahmad Zahid juga meminta syarikat dan agensi untuk mengutamakan perkongsian pintar yang mana hapuskan pemikiran konvensional atau bekerja in silo.

“Pemikiran ini dapat dihapuskan dengan bekerjsama bagi melahirkan sebuah hasil yang mematuhi prinsip kos rendah-impak tinggi,” jelasnya.

Pada masa yang sama, beliau turut mencadangkan agar syarikat dan agensi mengukur prestasi dan penambahbaikan berterusan.

“Wujudkan petunjuk prestasi utama (KPI) untuk menjejaki kemajuan ke arah matlamat keuntungan. Kerap menilai prestasi dan terapkan budaya penambahbaikan yang berterusan melalui penilaian pihak ketiga.
“Saya akan sentiasa memantau setiap KPI dan tidak akan teragaj-agak untuk menukar kepimpinan syarikat mahupun Agensi jika prestasi merosot atau gagal mencapai KPI tanpa alasan yang kukuh,” ujarnya.

Sementara itu, Ahmad Zahid turut menyatakan bahawa kementerian bakal mengambil tindakan terhadap syarikat yang tidak mendatang sebarang keuntungan.

Menurutnya, terdapat tiga konsep keuntungan syarikat di KKDW iaitu syarikat berteraskan keuntungan semata-mata yang mana keuntungan itu boleh digunakan untuk membiayai atau mengembangkan perniagaan.

“Antara syarikat yang menjana keuntungan selama lima tahun berturut-turut sejak 2019 hingga 2023 adalah RISDA Estate Sdn Bhd dan KESEDAR Perkilangan Sdn Bhd,” katanya.

KKDW cadang langkah kepada syarikat dan agensi

KKDW cadang langkah kepada syarikat dan agensi

Foto: Harian Metro

Konsep kedua pula ialah syarikat yang sepenuhnya berteraskan mandat sosial bagi golongan sasar tertentu seperti Yayasan Pelajaran MARA, Yayasan RISDA dan GIATMARA.

Konsep terakhir pula ialah Hybrid yang mana ia menggabungkan kedua-dua konsep sebelum ini seperti Kolej Poly-Tech MARA Sdn Bhd (KPTM).