
Shahidan (dua dari kiri) dan Mohd Zahidi (dua dari kanan) menyaksikan perjanjian penajaan antara KOM dan Cahya Mata di Petaling Jaya pada Rabu.
KHABAR gembira buat Kesatuan Olahraga Malaysia (KOM) apabila menerima tajaan berjumlah RM5 juta daripada syarikat konglomerat terkemuka, Cahya Mata Sarawak Berhad (Cahya Mata).
Jalinan kerjasama antara KOM dan Cahya Mata selama tiga tahun sehingga 2025 itu akan memfokuskan kepada pembangunan akar umbi dan kejurulatihan.
Malah, Presiden KOM, Datuk Seri Shahidan Kassim berkata, kerjasama itu secara tidak langsung akan membantu badan induk berkenaan melahirkan lebih ramai bakat baharu.
“Kerjasama antara KOM dan Cahya Mata ini memainkan peranan yang cukup penting dalam mencapai objektif dan matlamat yang telah kita tetapkan.



