Kongsi Foto Arwah Suami, Netizen Bitter Dakwa Nora Ariffin ‘Gedik’.. Empunya Badan Respons: “Komen Negatif, Berunsur Fitnah, Saya Rasa Lebih Baik Berhati-Hati”

Kongsi Foto Arwah Suami, Netizen Bitter Dakwa Nora Ariffin ‘Gedik’.. Empunya Badan Respons: “Komen Negatif, Berunsur Fitnah, Saya Rasa Lebih Baik Berhati-Hati”

Penyanyi terkenal, Datuk Nora Ariffin menyorot perhatian ramai selepas memuat naik sekeping foto bersama Allahyarham suaminya yang juga komposer tersohor Johan Nawawi, baru-baru ini.

Menerusi perkongsian tersebut, Nora memuat naik foto bersama suaminya memakai pakaian berwarna putih beserta kapsyen seakan meluahkan perasaannya pada ketika ini.

“Bercerai hidup tak sama dengan bercerai mati,” tulisnya.

Namun, di sebalik perkongsian penuh emosi itu, segelintir netizen tampil dengan komen negatif termasuklah menuduhnya sebagai penyondol sekaligus mempersoalkan niat perkongsian tersebut.

Malah, ada juga yang menganggap tindakan penyanyi lagu Di Persimpangan Dilema itu sebagai sesuatu yang tidak masuk akal hanya kerana beliau menyatakan hasrat untuk berkahwin semula.

Sedar dengan komen yang diterima, ibu kepada empat cahaya mata itu bagaimanapun tampil memberikan respons.

Tegasnya, dia menghargai semua komen yang membina namun, mengingatkan agar netizen tidak eninggalkan komen negatif yang berunsur fitnah.

“Saya hargai semua komen anda yang membina, saya amat berterima kasih. Cuma komen yang negatif yang berunsur fitnah, yang mengaibkan dan tidak berasas, saya rasa baik berhati-hati atau lebih baik bagi bukti dari berkata-kata sesua hati,” jelasnya.

Scroll to Top