Kongsi video Uwais, Watie Hanifiah mohon maaf, tiada niat perlekeh Orang Asli

Kongsi video Uwais, Watie Hanifiah mohon maaf, tiada niat perlekeh Orang Asli

Isteri kepada usahawan selebriti, Shuib Sepahtu, Watie Hanifiah mohon maaf dan menyatakan dirinya tiada niat memperlekehkan kaum Orang Asli sewaktu berkongsi video anak pertama suaminya, Uwais Al- Qarni.

Bergurau dengan anak-anak

Dalam video tersebut, Uwais dilihat tidak berbaju dan memegang senapang mainan sedang bergurau dengan Watie dengan meminta ibu tirinya mengambil gambar.

Watie Hanifiah mohon maaf, jelaskan tiada niat perlekeh mana2 kaum

Ternyata gurauan tersebut telah mendapat perhatian ramai lebih-lebih lagi wanita tersebut menyebut perihal ‘Orang Asli’ dalam video berkenaan.

Susulan daripada itu, pemilik nama sebenar, Fati Nikmatul Adawiyah Hanifiah, 36, segera memohon maaf dan menjelaskan bahawa dia sama sekali tidak berniat memperlekehkan mana-mana pihak.

“Mummy dapat banyak DM tegur mummy berkenaan video Uwais tu, mummy sebut macam Orang Asli”
“Sejujurnya takde langsung  niat mummy nak menghina atau memperlekehkan. Mummy rasa followers mummy pun tahu selama ini mummy sangat menjaga tutur bahasa mummy.
“Eventho yang mana kecam mummy sebelum ini pun tak pernah mummy marah atau balas” ujarnya.

Artikel lain: Elak berkurung dalam bilik, Watie & Shuib bawa anak2 cuti ‘anniversary’ pertama perkahwinan

Watie Hanifiah mohon maaf, cuma nak cakap Uwais macam orang2 dahulu

Tambah Watie lagi, sebelum ini dia tidak pernah sekalipun membalas atau marah dengan kecaman diterima, jadi dia berharap orang ramai tidak salah faham kerana apa yang dinyatakan sama sekali tidak merujuk kepada mana-mana pihak kerana selama ini cukup menjaga tutur kata.

“Cuma dalam video tu Uwais kan tak berbaju sebab tu mummy samakan macam dalam gambaran seperti orang dahulu kala
“Maaf kalau ada yang terasa. Tapi Insha Allah mummy tahu niat mummy dalam berbahasa,” tulisnya.

Yakin para pengikut faham apa yang yang dikatakan

Dia memohon maaf jika ada pihak yang terasa dengan kenyataan yang dibuat serta yakin bahawa pengikutnya di media sosial tahu niat sebenar dirinya dalam menuturkan kata-kata.

watie hanifiah mohon maaf

Sekadar info, Watie Hanifiah telah mendirikan rumah tangga dengan pelawak dan usahawan terkenal, Shuib Sepahtu pada 23 Jun 2023.

Sebelum mendirikan rumah tangga dengan Watie, Shuib telah berkahwin dengan Allahyarham Siti Sarah Raisuddin dan dikurniakan empat orang cahaya mata, Uwais Alqarni, 13, Dzahira Talita Zahra, 11, Ariq Matin, 8, dan Ayash Affan, 3 tahun

Namun begitu, Siti Sarah telah meninggal dunia pada 9 Ogos 2021 disebabkan jangkitan Covid-19.

Sumber: Instagram iamwatie