Belum reda isu pemuda berlakon menjadi Orang Kelainan Upaya (OKU) demi mendapatkan parking lot, timbul lagi satu video viral berkenaan beberapa orang wanita berkelakuan tidak normal ketika menggunakan tandas khusus untuk golongan OKU.
Perkongsian yang dimuat naik oleh pengguna TikTok memakai nama akaun @joker896 itu jelas menunjukkan 2 orang wanita yang dipercayai penunggang basikal sedang bergelak ketawa di hadapan tandas yang tertera simbol OKU.
@j0ker896
Ia dilihat seperti mempersendakan golongan kurang bernasib baik itu dan video tersebut juga diiringi dengan gelak ketawa apabila melihat salah seorang daripada mereka berlakon seolah-olah mengalami kecacatan.
Perkongsian berkenaan juga tular selepas seorang pengguna Twitter dikenali sebagai @farrashafeka memuat naik kembali video itu ke aplikasi tersebut.
iyaaa lawakk. sangat lawak yaa. pic.twitter.com/t3YcuRnhEa
— flaawehh (@farrashafeka) December 8, 2021
Justeru itu, ruangan komen di media sosial kedua-dua posting tersebut telah dihujani dengan kecaman daripada netizen yang berang melihat tindakan kurang cerdik penunggang-penunggang basikal berkenaan.
Mereka juga merasakan video gurauan yang agak keterlaluan itu sangat biadap kerana mempersendakan golongan OKU.





Sumber: TikTok @joker896, Twitter @farrashafeka




