Konsep hidayah berpandu gambaran dijelaskan al-Quran

Konsep hidayah berpandu gambaran dijelaskan al-Quran



ALLAH SWT menyatakan bahawa sesungguhnya konsep hidayah itu ialah berpandukan gambaran yang dijelaskan oleh al-Quran.

Advertisement

Hanya mereka yang memiliki sifat taqwa sahaja yang layak menerima hidayah kurniaan daripada-Nya.

Golongan yang dimaksudkan ialah orang yang beriman dan mengerjakan amal soleh dari sudut menjaga hubungannya dengan Allah SWT dan juga hubungannya dengan manusia.

Selain itu, mereka juga yakin atau beriman kepada para rasul dan kitab mereka, serta mempercayai akan adanya Hari Akhirat.

لا تَجْعَلُوا بُيُوتَكُمْ مَقابِرَ. إنَّ الشَّيْطَانَ يَنْفِرُ مِنَ البَيْتِ الَّذِي تُقْرَأُ فيهِ سُورَةُ البَقَرَةِ

Jangan jadikan rumah kamu seperti kubur, Sesungguhnya syaitan akan lari dari rumah yang dibaca di dalamnya Surah al-Baqarah.” (HR al-Tirmizi)

ABDUL HADI AWANG
Kuliah Duha Jumaat
26 Rajab 1444 – HARAKAHDAILY 17/2/2023



Scroll to Top