Korban nyawa Myanmar cecah 701 orang

Korban nyawa Myanmar cecah 701 orang
Myanmar dicengkam ketegangan politik selepas tentera melancarkan kudeta pada 1 Februari lalu. (Gambar AP)

KUALA LUMPUR: Korban nyawa di Myanmar meningkat 701 orang sejak tunjuk perasaan membantah rampasan kuasa tentera meletus Februari lalu, lapor Agensi Anadolu.

Laporan harian Badan Amal untuk Tahanan Politik berkata terdapat lagi korban terbaru membabitkan orang awam apabila pasukan keselamatan bertindak campur tangan.

Dalam kemas kini terbaru itu turut mendedahkan 3,012 orang ditahan.

Sebanyak 656 waran tangkap dikeluarkan untuk penunjuk perasaan yang membantah rampasan kuasa.

Sekurang-kurangnya 82 orang terbunuh di Bago pada Jumaat apabila tentera campur tangan.

Tentera Myanmar melancarkan kudeta 1 Februari lalu, mendakwa berlaku penipuan semasa pilihan raya 8 November 2020 sekali gus menyebabkan negara itu dicengkam ketegangan politik.

Tentera menahan beberapa pegawai dan pemimpin parti pemerintah, termasuk Kaunselor Negara Aung San Suu Kyi selain mengisytiharkan darurat selama setahun.

Pegawai tinggi yang ditahan dihadapkan ke mahkamah tentera, ketika demonstrasi terus berleluasa.

Scroll to Top