Korean Air, Cathay Pacific bertembung di lapangan terbang Jepun

Korean Air, Cathay Pacific bertembung di lapangan terbang Jepun

TOKYO – Korean Air dan Cathay Pacific berlanggar di landasan lapangan terbang di Jepun pada Selasa, kejadian kedua pada bulan ini.

Insiden itu berlaku di Lapangan Terbang New Chitose di Hokkaida.

Kejadian itu berlaku kira-kira 5.3- petang apabila pesawat Korean Air memintas Cathay Pacific.

Kemalangan itu berlaku ketika pesawat Korean Air dikatakan sedang bersiap untuk berlepas, kata syarikat penerbangan tersebut.

Semasa itu terdapat 289 orang penumpang, namun tiada kecederaan dilaporkan.

Sementara itu, difahamkan lebih 46 penerbangan telah dibatalkan di lapangan terbang itu kerana keadaan bersalji.

Awal bulan ini, sekurang-kurangnya lima anak kapal terbunuh apabila pesawat Pengawal Pantai Jepun dan pesawat penumpang Japan Airlines bertembung di Lapangan Terbang Antarabangsa Tokyo.- Agensi

Scroll to Top