am@hmetro.com.my
Johor Bahru: Pejabat Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Johor masih mengesan dua individu yang mengisi petrol RON95 bersubsidi ke dalam tong plastik melebihi had dibenarkan di stesen minyak di sekitar Skudai, 21 Mac lalu.
Pengarahnya, Lilis Saslinda Pornomo, berkata, dua individu berkenaan masih gagal dikesan bagi membantu
siasatan di bawah Akta Kawalan Bekalan 1961.
“Pihak KPDN Johor telah menjalankan siasatan lanjut termasuk menjejaki dan
mengunjungi alamat terakhir dua individu berkenaan.
“Walau bagaimanapun, individu-individu tersebut masih gagal dikesan setakat ini,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Sehubungan itu, pihaknya memohon individu berkenaan untuk segera tampil memberi kerjasama dengan hadir ke Pejabat KPDN negeri bagi membantu siasatan.
Terdahulu, tular beberapa video di media sosial memaparkan dua individu mengisi RON95 dalam tong di but kereta di stesen minyak.
Siasatan awal mendapati individu terbabit adalah warganegara Malaysia dan pemegang MyKad.
Susulan insiden itu, Kementerian Kewangan akan mengambil tindakan menyekat kad pengenalan yang digunakan dalam transaksi tersebut serta pemilik kenderaan daripada terus menikmati subsidi BUDI95.
MyKad individu dikesan salah guna subsidi BUDI95 akan disekat
© New Straits Times Press (M) Bhd




