Kreatif! Pemuda buat & hias kek hantaran untuk majlis nikah sendiri

Kreatif! Pemuda buat & hias kek hantaran untuk majlis nikah sendiri

Kebiasaannya, pasangan pengantin akan menempah sahaja kek untuk dijadikan hantaran perkahwinan pada majlis mereka bagi menjimatkan masa.

Namun perkara ini berbeza dengan seorang pemuda apabila mengambil momen tersebut sebagai satu cabaran baru buatnya dalam menyiapkan sendiri kek hantaran perkahwinan buat diberikan kepada bakal isteri.

Menerusi perkongsian seorang pengguna media sosial dikenali sebagai Muhammad Amin, dia telah memuat naik beberapa gambar kek yang dibuat sendiri ke laman Facebook Masak Apa Tak Jadi Hari Ini.

Apa yang menarik perhatian adalah ketelitiannya membuat kek berbentuk tepak sirih yang begitu kemas untuk dijadikan hantaran pada hari pernikahnya pada hari ini.

Walaupun merendah diri dengan mengakui bahawa kek tepak sirih tersebut tidak berapa menjadi, namun postingnya telah mendapat perhatian warganet.

Rata-rata memuji kek berkenaan yang seakan real dan mengucapkan selamat pengantin baru buat pemuda tersebut kerana melangsungkan pernikahan.

 

 

Dalam masa tujuh jam sahaja, posting tersebut telah mendapat lebih daripada 80 ribu tanda suka. Mereka juga sempat berseloroh mengatakan betapa beruntungnya isteri pemuda itu kerana memperoleh suami yang pandai membuat kek.

Apa-apa pun selamat pengantin baru!

Sumber: Muhammah Amin

 

 

 

Scroll to Top