Oh! Negara
Khairy Jamaluddin bimbang konflik Iran boleh jejaskan bekalan minyak dan penerbangan Filipina.
Kebimbangan terhadap konflik di Iran nampaknya makin mendapat perhatian ramai, termasuk di Malaysia. Kali ini, Khairy Jamaluddin sendiri tampil berkongsi pandangan mengenai situasi yang sedang berlaku.
Menerusi perkongsian di Instagram, Khairy menyuarakan rasa risau terhadap kesan yang mungkin berlaku sekiranya konflik ini berlarutan. Malah, beliau turut menyentuh tentang tahap kesiapsiagaan kerajaan dalam menghadapi situasi krisis seperti ini.
Krisis Iran boleh beri kesan besar

Menurut laporan yang dikongsikan, Filipina berkemungkinan berdepan gangguan besar dalam sektor penerbangan. Ini susulan risiko kekurangan bahan api yang berlaku akibat konflik melibatkan Iran.
Khairy dalam perkongsiannya turut menegaskan bahawa kerajaan tidak boleh mengambil ringan perkara ini. Beliau berpendapat persediaan awal sangat penting bagi menghadapi sebarang kemungkinan.
Isyarat membimbangkan dari Filipina. Saya tidak fikir kerajaan kita bersedia untuk menghadapi senario terburuk daripada konflik Iran. Tiada sebarang urgensi dalam menyediakan pelan kontingensi.
Kita tidak boleh hanya berharap Trump tiba-tiba menemui jalan penyelesaian. Kita perlukan pemimpin yang cekap dalam pengurusan krisis.- Katanya.
Isu kesiapsiagaan jadi perhatian

Tambahnya lagi, negara memerlukan pemimpin yang benar-benar cekap dalam menguruskan krisis, lebih-lebih lagi dalam situasi global yang tidak menentu seperti sekarang.
Perkongsian ini secara tidak langsung membuka mata ramai tentang kepentingan pelan kontingensi dan kesiapsiagaan negara dalam menghadapi kemungkinan terburuk.
Pssttt! Isu global macam ni mungkin nampak jauh, tapi sebenarnya boleh beri kesan dekat kita juga. Jadi, penting untuk kita sentiasa peka dan harap pihak bertanggungjawab betul-betul bersedia. Jangan tunggu dah jadi masalah besar baru nak bertindak, korang.
Kredit: Instagram | Bloomberg
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.
** Selain dari Whatsapp Channel, dapatkan kemaskini Oh! Media setiap hari terus ke emel melalui langganan percuma di bawah.
Hafizal adalah penulis sepenuh masa di Oh! Media yang sentiasa hadir menemani anda, terutama di saat-saat lewat malam. Untuk mendapatkan berita terkini dan cerita viral, jangan lupa cari nama Hafizal—sentiasa ada untuk menghibur dan menginformasikan anda!




