Kritik & minta Neelofa buka niqab, pengguna Twitter dikecam

Kritik & minta Neelofa buka niqab, pengguna Twitter dikecam

Siapa yang tidak kenal dengan selebriti dan usahawan tersohor, Noor Neelofa yang seringkali terpalit dengan pelbagai kontroversi lebih-lebih mengenai inai keluarannya tular di media sosial sejak kebelakangan ini.

Terbaru, fesyen yang digayakan oleh isteri kepada pendakwah bebas Haris Ismail itu menerima kritikan oleh segelintir warganet kerana dikatakan melampau dan tidak sesuai dengan penampilannya kini.

Menerusi ciapan yang dimuat naik oleh pengguna dikenali @lilacfla, dia mempersoalkan gaya pemakaian Neelofa sebagai seorang niqabis yang dilihat semakin pelik dan keterlaluan.

Pengguna itu menyuarakan pandangannya terhadap fesyen selebriti kelahiran negeri Cik Siti Wan Kembang dan meminta Neelofa untuk membuka niqab yang dipakainya kini.

Pada masa yang sama, dia turut membandingkan pembukaan hijab pelakon cantik, Emma Maembong di mana selebriti itu hanya menerima kecaman warganet bersifat sementara.

Pun begitu, ramai warganet menyelar kembali pengguna tersebut dan menyifatkan fesyen yang digayakan oleh Hajjah Noor Neelofa adalah tidak keterlaluan kerana masih menutup aurat sebagai seorang muslimah.

 

Akan tetapi, ramai berpendapat dengan penggun tersebut dan menyifatkan tindakan Neelofa dalam menggayakan fesyen sebegitu boleh mengundang kepada tabarruj lebih-lebih lagi dia seorang yang berniqab.

Sumber: Twitter @lilacfla

Scroll to Top