Kuala Lumpur kembali julang Piala Tun Abdul Razak

Kuala Lumpur kembali julang Piala Tun Abdul Razak

Aksi antara Kuala Lumpur dan Melaka di Stadium Hoki, Bukit Jalil sebentar tadi. – Foto Facebook HOKITA

KUALA LUMPUR mengakhiri penantian selama 12 tahun apabila menjuarai Kejohanan Hoki Piala Tun Abdul Razak 2023 selepas menewaskan Melaka 4-2 menerusi penentuan penalti shoot-out sebentar tadi.

Dalam aksi final di Stadium Hoki Nasional, Bukit Jalil itu, Kuala Lumpur bangkit dua kali untuk mengikat Melaka 2-2 sehingga tamat masa sebenar sebelum pemenang ditentukan menerusi penalti shoot-out.

Melaka terlebih dahulu membuka tirai jaringan menerusi gol padang Amirullah Zainol seawal minit ke-12 sebelum Kuala Lumpur menyamakan kedudukan melalui kapten, Zulpidaus Mizun pada minit ke-28.

Melaka yang dibimbing Nor Ikhram Sulaiman kembali mendahului menerusi gol kedua peribadi Amirullah hasil gerakan cantik daripada pukulan sudut penalti pada minit ke-33.

Scroll to Top