Kuwait melonggarkan beberapa sekatan COVID-19

Kuwait melonggarkan beberapa sekatan COVID-19

LONDON: Kabinet Kuwait melonggarkan beberapa sekatan COVID-19 termasuk memansuhkan penjarakan fizikal untuk solat berjemaah di masjid.

Peraturan baharu itu akan berkuat kuasa pada Ahad ini, lapor Agensi Berita Kuwait.

Sekatan lain yang dilonggarkan ialah membatalkan keperluan ujian ujian Real-Time Reverse Transcription-Polymerase Chain Reaction (RT-PCR) untuk pengembara dan pelajar yang tidak divaksin yang menghadiri sekolah dan universiti,

Selain itu, individu yang tidak divaksin juga dibolehkan memasuki pusat membeli-belah.

Bagaimanapun, orang ramai masih diwajibkan memakai topeng muka di khalayak ramai. – AGENSI

© New Straits Times Press (M) Bhd

Scroll to Top