KWC Boom Sale tawar aktiviti & hadiah menarik, jualan serendah RM50 ke bawah!

KWC Boom Sale tawar aktiviti & hadiah menarik, jualan serendah RM50 ke bawah!

Hujung tahun semakin dekat, mesti banyak kedai buat promosi kan! Berbaloi kalau shopping sekarang, tapi dekat mana tempat yang dah mula buat sale ‘kaw-kaw’ eh?

EHH rupa-rupanya ada kempen Jualan Akhir Tahun – Boom Sale! Kalau korang nak tahu, ini adalah jualan penghabisan stok bagi kedai-kedai terpilih di KWC Fashion Wholesale.

Menariknya boom sale kali ni, mereka turunkan harga barang-barang dalam tempoh sehari, jadi korang boleh habiskan masa seharian di KWC dan beli belah sepuas hati!

KWC Boom Sale bermula sejak 28 Oktober lalu hingga 19 November ini, setiap Sabtu dan Ahad pada pukul 11 pagi hingga 6 petang di Lower Ground Centre Court, KWC Fashion Wholesale, Kuala Lumpur.

Lebih daripada 30 buah kedai korang boleh ‘usha’ dengan barangan berharga bawah RM50 selain pelbagai aktiviti dan hadiah menarik untuk dimenangi!

Apa je barang yang dijual? Haaa antaranya karpet, bantal, comforter, baju kurung moden, baju muslimah moden, jeans, t-shirt, kasut dan banyak lagi lah. Mesti rambang mata nak beli!

Menarik kan? Tapi lagi menarik apabila KWC Fashion Wholesale bawakan pengacara selebriti seperti Addy Junaidy, Queen Khalis, Fauzan Haziq dan Mirawhoo setiap minggu~

Tidak cukup dengan tu, terdapat juga aktiviti lain seperti cabutan bertuah (Beli, Putar dan Menang!) serta Mic On (Pertunjukan Bakat).

Berminat tak dengan cabutan bertuah yang disediakan? Korang boleh sertai aktiviti ini dengan melakukan pembelian di kedai-kedai Boom Sale dan tunjukkan resit korang.

Aktiviti Beli, Putar dan Menang! diadakan dari pukul 1 petang hingga 4 petang sahaja, dimana hanya ada lapan pemenang untuk aktiviti ini bagi setiap sesi.

Bukan itu saja, kalau korang pandai menyanyi, menari atau bakat terpendam lain, boleh tunjuk kehebatan dalam aktiviti Mic On yang berlangsung setiap Sabtu pukul 2 petang hingga 3 petang.

Bagi penyertaan pertandingan Mic On, korang hanya perlu shopping dalam Boom Sale sebanyak RM50 dan ke atas. Jangan lupa tunjuk resit tau!

Tapi untuk setiap hari, hanya lima orang peserta boleh sertai sekali gus berpeluang memenangi hadiah istimewa daripada penaja bernilai RM100.

Memang menarik jualan dan aktiviti KWC tahun ini, jadi korang tunggu apa lagi? Kena bawa orang tersayang dan serbu KWC Fashion Wholesale bagi meraikan KWC Boom Sale!

Untuk sebarang maklumat lanjut mengenai KWC Boom Sale, korang boleh layari laman web https://www.kenangacity.com.my/en/bomb-sale/ atau media sosial seperti FacebookInstagram dan TikTok.