KWSP muncul sebagai pemegang saham utama dalam Eco-Shop

Kuala Lumpur: Lembaga Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) muncul sebagai pemegang saham utama dalam Eco-Shop Marketing Bhd selepas memiliki 8.68 juta saham biasa pada 27 Ogos 2026.

Dalam makluman kepada Bursa Malaysia hari ini, syarikat berkenaan memaklumkan kepentingan langsung dana persaraan terbesar itu kini berjumlah 296.16 juta saham biasa, yang mewakili pegangan sebanyak 5.144 peratus.

Peratusan pegangan saham itu dikira berdasarkan modal saham terbitan Eco-Shop Marketing sebanyak 5.76 bilion saham biasa setakat 27 Ogos, 2026.

© New Straits Times Press (M) Bhd

Scroll to Top