Lagi individu dijangka ditahan SPRM kes pindah hak milik tanah tak sah

Lagi individu dijangka ditahan SPRM kes pindah hak milik tanah tak sah

bhnews@bh.com.my

ALOR SETAR: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dijangka menahan beberapa lagi individu bagi membantu siasatan kes pindah hak milik tanah tidak sah di negeri ini.

Pengarah SPRM Kedah, Datuk Shaharom Nizam Abd Manap, berkata pihaknya kini menjalankan siasatan lanjut berhubung kes terbabit dan berusaha mendapatkan petunjuk baharu.

“Setakat ini belum ada tangkapan, kita berkemungkinan akan menahan beberapa individu tidak lama lagi,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Sebelum ini, media melaporkan lima individu termasuk tiga kakitangan Pejabat Daerah dan Tanah di Kedah berusia antara 48 hingga 57 tahun, direman lima hari bermula semalam hingga Jumaat ini.

Mereka ditahan kerana disyaki menerima rasuah daripada seorang pemilik tanah sebagai balasan mendaftarkan 41 nama pemilik lain ke dalam hak milik tanah tanpa melalui urusan pindah milik tanah tidak sah.

Kelima-lima mereka ditahan antara jam 8.20 pagi hingga 4.20 petang kelmarin di beberapa lokasi sekitar Alor Setar, Pendang dan Langkawi.

© New Straits Times Press (M) Bhd

Scroll to Top