Alor Setar: Laluan di Kilometer (KM) 32.1 hingga KM33.2 di Lebuh Raya Utara Selatan antara laluan Jitra ke Hutang Kampung yang ditutup akibat banjir, telah dibuka semula hari ini.
Plus Malaysia dalam hantaran menerusi laman Facebooknya memaklumkan lorong kanan di kedua-dua ara telah dibuka semula untuk laluan trafik, manakala lorong kiri di kedua-dua arah masih ditutup.
Pada Sabtu lalu, Plus Malaysia memaklumkan laluan Jitra hingga Hutan Kampung ditutup sementara akibat dinaiki air banjir.
Sepanjang penutupan laluan berkenaan, kenderaan yang menghala ke utara dilencongkan keluar dari lebuh raya menerusi Persimpangan Alor Setar Utara dan masuk semula ke lebuh raya menerusi Persimpangan Jitra Selatan.
© New Straits Times Press (M) Bhd