'Lama saya berdiam diri dan bersabar' – Ibu Zahirah MacWilson

'Lama saya berdiam diri dan bersabar' – Ibu Zahirah MacWilson

syafil.syazwan@hmetro.com.my

Kuala Lumpur: Ibu kepada pelakon Zahirah MacWilson, Maslinda Yusoff mencuri perhatian apabila berkongsi luahan kekecewaan mengenai sikap anaknya yang dilabel sebagai melampau.

Perkongsian menerusi beberapa platform media sosialnya bagaimanapun tidak menyebut nama mana-mana anaknya.

“Sebenarnya, hubungan saya dengan anak saya tak rapat sejak Ogos 2024 lagi. Dah berkali saya dan suami turun ke Kuala Lumpur cuba memulihkan dan memperbaiki keadaan, secara tertutup dan melalui ustaz sebagai orang tengah tapi tidak diterima.

“Dah lama saya berdiam diri dan bersabar. Tapi bila dia WhatsApp saya semalam dan berkata sesuatu yang sangat menyedihkan dan menyakitkan hati saya, kesabaran saya terus hilang, Allahuakbar!” tulisnya.

Katanya, dia tanpa berfikir panjang terus memuat naik hantaran di media sosial memandangkan platform itu menjadi kelemahan anaknya.

“Semakin saya biarkan semakin melampau dan biadap! Sebab itu saya tidak berfikir panjang, terus ‘update’ di media sosial. Saya tahu anak saya lebih takut kepada media sosial daripada kemurkaan Allah.

“Semoga doa-doa kami di depan Kaabah, dan di Arafah di makbulkan. Ya Allah aku tidak berdaya lagi, aku serahkan segala urusanku kepada-Mu, Ya Allah,” tulisnya.

Untuk rekod, Maslinda dan Zainol bercerai pada 9 November 2015 dan kini kedua-dua mereka sudah memiliki pasangan masing-masing.

© New Straits Times Press (M) Bhd

Scroll to Top