Pelawak, Lan Pet Pet akhirnya memohon maaf secara bersemuka terhadap pelakon dan usahawan, Nur Fazura susulan keterlanjurannya membuat lawak bersifat lucah.
Menerusi sebuah video dimuat naik oleh jenama pakaian Jakel, Lan Pet Pet atau nama sebenarnya, Mazlan Ahmad, 57, merendah diri memohon ampun atas kekhilafannya itu.
“Saya minta maaf atas keterlanjuran saya dalam percakapan saya. Saya minta maaf daripada hujung rambut sampai hujung kaki. Saya tiada langsung niat dalam hati,” katanya.
Sementara itu, Fazura kekal tenang dan berhati mulia memaafkan Lan sekali gus bersedia untuk bekerjasama secara professional dan dalam suasana positif.
“Tak mengapa, sama-sama kita belajar. Saya pun kadang kala ada buat silap juga. Yang penting kita bekerjasama dalam suasana positif yang harmoni, silaturahim yang baik.. mudah-mudahan.
“Okay Abang Lan, kosong-kosong. Janji, ikhlas dari hati,” katanya.
Dalam masa sama, aktres filem Manisnya Cinta Di Cappadocia ini turut sempat berseloroh meminta makanan sebagai pengubat hati.
“Tapi kan, dah maafkan takkan kosong-kosong tak bagi apa-apa kan? Kena la belanja kuih keria, cempedak, goreng pisang,” selorohnya.
@xtra_my Alhamdulilah mereka berdua pun dah bermaaf-maafan, semoga menjadi pengajaran kepada semua #fyp #xtra #lanpetpet #fazura #mohonmaaf Sumber: jakeltextile
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen saling sebak melihat Fazura yang ikhlas memaafkan Lan.
Pada Ahad, nama Lan Pet Pet menjadi sebutan ramai di media sosial selepas tindakannya membuat lawak lucah terhadap Fazura ketika di sesi siaran langsung.




