
Aaron (kiri) dan Wooi Yik terpaksa akur tewas kepada pasangan tuan rumah dalam saingan pusingan kedua Masters Jepun pada Khamis. – Foto Agensi
IMPIAN beregu utama negara, Aaron Chia-Soh Wooi Yik untuk mara ke saingan suku akhir Masters Jepun tidak kesampaian.
Langkah mereka disekat pasangan tuan rumah, Akira Koga-Taichi Saito pada pusingan kedua di Kumamoto pada Khamis.
Set pertama menyaksikan mereka bersaing sengit dalam perebutan mata, namun Koga-Saito berjaya mengawal permainan untuk memenangi set pertama 21-18.
Memasuki set kedua, beberapa kesilapan Aaron-Wooi Yik memberi ruang kepada Koga-Saito untuk mendahului mata.