Lapan maut, 34 hilang akibat runtuhan gunung di Chongqing, China

Lapan maut, 34 hilang akibat runtuhan gunung di Chongqing, China

Chongqing: Lapan orang disahkan maut manakala 34 lagi masih hilang selepas kejadian runtuhan gunung akibat hujan lebat yang melanda sepanjang Sungai Wujiang di Perbandaran Chongqing, barat daya China pada Jumaat, menurut pihak berkuasa tempatan, lapor Xinhua.

Seramai 10 orang berjaya diselamatkan.

Operasi mencari dan menyelamat sedang giat dijalankan, menurut taklimat media yang diadakan pada Jumaat malam.

© New Straits Times Press (M) Bhd

Scroll to Top