kartika@mediaprima.com.my
Kuala Lumpur: LBS Bina Group Berhad (LBS) terus memperkukuh hubungan strategik dengan rakan media menerusi penganjuran ‘Trip Apresiasi Media’ sempena ulang tahun ke-65 syarikat itu.
Program berlangsung pada 4 hingga 5 April lalu di Bilut Hills Eco Resort, Bentong, Pahang menghimpunkan kira-kira 18 pengamal media sebagai sebahagian usaha syarikat menghargai sokongan berterusan terhadap penjenamaan dan pencapaian korporat kumpulan.
Ketua Komunikasi Korporat LBS, Norazian Abdul Aziz berkata, media memainkan peranan penting sebagai jambatan dalam menyampaikan perkembangan syarikat kepada khalayak lebih luas.
“Program ini bukan sahaja sebagai tanda penghargaan, malah platform untuk mengukuhkan hubungan strategik dalam suasana lebih santai dan efektif,” katanya.
Katanya, inisiatif berkenaan mencerminkan pendekatan LBS dalam mengukuhkan jaringan komunikasi korporat secara lebih santai dan berkesan, sejajar kepentingan media sebagai saluran utama penyampaian maklumat kepada pasaran.
Sementara itu, Pengarah Eksekutif LBS, Datuk Cynthia Lim berkata, sokongan konsisten media menjadi antara faktor pemacu kepada prestasi dan reputasi syarikat.
Katanya, LBS turut meraih pengiktirafan sebagai antara syarikat terurus terbaik selama empat tahun berturut-turut, sekali gus mencerminkan kekuatan asas perniagaan kumpulan.
Beliau berkata, syarikat akan terus komited memperkukuh kerjasama dengan rakan media sebagai sebahagian daripada strategi komunikasi dan pertumbuhan jangka panjang.
Sepanjang program, peserta didedahkan dengan pelbagai aktiviti termasuk kembara ATV, ‘flying fox’, memanah serta pengalaman agro-pelancongan seperti menikmati durian Musang King segar dari kebun sekitar resort.
© New Straits Times Press (M) Bhd
