Lebih 10 kenderaan pancit tayar dipercayai langgar bongkah batu atas jalan

Lebih 10 kenderaan pancit tayar dipercayai langgar bongkah batu atas jalan

am@hmetro.com.my

Sepang: Lebih 10 kenderaan dari arah Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), di sini ke Kuala Lumpur mengalami tayar pancit dipercayai terlanggar bongkah batu di atas jalan raya.

Sebelum itu tular di media sosial mengenai kira-kira 20 kenderaan tersadai selepas terlanggar bongkah batu yang terdapat di atas jalan raya berkenaan.

Difahamkan kejadian berlaku berhampiran sebuah stesen minyak.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah KLIA, Asisten Komisioner Azman Shari’at yang dihubungi mengesahkan kejadian itu berlaku malam ini.

Katanya, terdapat bongkah batu yang terjatuh di atas jalan raya berkenaan.

“Pihak polis meminta pemandu yang mempunyai rakaman kamera papan pemuka (dashcam) untuk tampil bagi membantu siasatan,” katanya.

Menerusi gambar yang dikongsi IPD KLIA sebuah kereta peronda polis sudah berada di kawasan bongkah batu yang jatuh itu bagi mengelak perkara tidak diingini berlaku kepada pengguna jalan raya.

Bongkah batu itu juga dilihat mengandungi besi yang boleh membahayakan pengguna sekiranya melanggar objek berkenaan.

© New Straits Times Press (M) Bhd

Scroll to Top