am@hmetro.com.my
Kota Kinabalu: Jumlah mangsa banjir di Sabah meningkat kepada 1,190 orang setakat 8 malam ini, berbanding 227 orang tengah hari tadi.
Ia berikutan penambahan kawasan dilanda banjir kepada enam daerah berbanding hanya tiga sebelum ini.
Daerah terjejas adalah Sandakan, Beluran, Pitas, Paitan, Kota Marudu dan Matunggong, Kudat dengan keseluruhan 10 pusat pemindahan sementara (PPS) dibuka.
Berdasarkan laporan Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sabah, daerah Kota Marudu merekodkan jumlah mangsa tertinggi dipindahkan setakat 8 malam, iaitu 912 mangsa daripada 290 keluarga.
Ia diikuti daerah Sandakan seramai 132 mangsa (32 keluarga), Beluran (92 mangsa, 26 keluarga) dan Paitan dengan 33 mangsa (10 keluarga).
Seramai 11 mangsa (3 keluarga) direkodkan di Matunggong, Kudat dan 10 mangsa (6 keluarga) di Pitas.
© New Straits Times Press (M) Bhd