KUALA LUMPUR – Lebih 1,000 orang tetamu terdiri daripada rakan kongsi, pelanggan dan rakan media Attana Hotels & Resorts hadir pada Rumah Terbuka Aidilfitri Attana 2022 di Espira Kinrara, Puchong baru-baru ini.
Memilih tema Attana Colours of Raya 2022, ia merupakan kali pertama anak syarikat Permodalan Nasional Berhad (PNB) itu kembali menganjurkan acara secara besar-besaran selepas hampir dua tahun ‘berehat’ akibat pandemik Covid-19.
Istimewanya juga, Majlis Rumah Terbuka Adildilfitri Attana itu apabila semua hotel, resort dan kelab golf Attana telah menyediakan juadah bersama yang menarik dan merupakan signature dish bagi hotel, resort dan kelab golf masing-masing dari seluruh negara.
Antaranya ialah Nasi Hujan Panas, Kari Kepala Ikan, Ayam Masak Getik, Kambing Kuzi, Sup Tulang Berempah, Mee Jawa Kepiting, Serawa Durian, Akok, Puding Raja dan banyak lagi.
Pada masa sama, para tetamu juga diberi peluang untuk meninjau kesemua jenis bilik penginapan dan kemudahan yang tersedia di Espira Kinrara iaitu sebuah resort dalam bandar.
Sementara itu, Attana adalah syarikat pengurusan hospitaliti yang menguruskan hotel, resort dan kelab golf milik PNB seperti Perdana Kuala Lumpur City Centre, Perdana Kota Bharu, Espira Kinrara dan Villea Rompin Resort & Golf.
Selain itu, adalah Villea Morib, Villea Port Dickson (akan dibuka semula tidak lama lagi), Kota Seriemas Country & Golf Club Nilai dan Kinrara Golf Club, Puchong. – MalaysiaGazette




