am@hmetro.com.my
Shah Alam: Lelaki yang mengamuk dan mahu menyerang orang awam dengan membawa pisau pemotong daging di Taman Jasa Ijok, Bestari Jaya, Kuala Selangor Ahad lalu akan dituduh esok.
Ketua Polis Daerah Kuala Selangor, Superintendan Azaharudin Tajudin ketika dihubungi mengesahkan perkara itu.
“Suspek berusia 25 tahun akan didakwa di Mahkamah Sesyen Kuala Selangor jam 9 pagi,” katanya ringkas malam ini.
Terdahulu, media melaporkan suspek mengamuk sambil menjerit dan memegang senjata tajam, mengakibatkan anggota polis terpaksa melepaskan satu das tembakan amaran.
Suspek bagaimanapun tidak mengalami kecederaan dan kes disiasat mengikut Seksyen 307 Kanun Keseksaan.
© New Straits Times Press (M) Bhd




