Lelaki cabul remaja perempuan di PPS disambung reman 3 hari lagi

Lelaki cabul remaja perempuan di PPS disambung reman 3 hari lagi

nfazlina@nstp.com.my

Bachok: Lelaki yang ditahan selepas dipercayai mencabul remaja perempuan di sebuah pusat pemindahan sementara (PPS) di Bachok, Rabu lalu disambung reman tiga hari lagi.

Ketua Polis Daerah Bachok Superintendan Mohd Ismail Jamaluddin berkata, penahanan reman suspek itu bermula hari ini sehingga Khamis ini.

“Reman tiga hari di Mahkamah Majistret Bachok bermula hari ini bagi membolehkan siasatan lanjut dilakukan.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 14 Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017,” katanya ketika dihubungi.

Dalam kejadian Rabu lalu, lelaki itu ditahan selepas didakwa mencabul remaja perempuan berusia 16 tahun di PPS.

Difahamkan, kedua mereka tidak mengenali antara satu sama lain dan hanya berborak ketika berada di PPS berkenaan sebelum lelaki terbabit mencabul mangsa dalam kejadian pada 11 pagi.

Sejurus kejadian itu, mangsa terus memaklumkan perkara berkenaan kepada ibunya sebelum laporan polis dibuat.

© New Straits Times Press (M) Bhd

Scroll to Top