Lelaki Cina Berpuasa, Tak Sangka Sahur ‘Air Nabeez’ Hilangkan Dahaga Seharian! – Hijabista

Lelaki Cina Berpuasa, Tak Sangka Sahur ‘Air Nabeez’ Hilangkan Dahaga Seharian! – Hijabista

Umum sedia maklum bahawa Malaysia merupakan sebuah negara berbilang kaum dan sering meraikan sesuatu perayaan ataupun sebarang musim secara bersama-sama dan majmuk.

Jadi tidak hairan lah, apabila bangsa lain turut mencuba berpuasa bagi meraikan bulan yang mulia dan penuh barakah, Ramadan Al-Mubarak seperti Vlogger makanan berbangsa Cina, Ceddy Ang yang menjadi sorotan ramai apabila berkongsikan pengalaman pertama kali berpuasa penuh di bulan Ramadan.

Sebelum Ini Puasa ‘YangYok’, Kali Ini Cuba Puasa Penuh Atas Galakan ‘Followers’.

Perkara berkenaan dimaklumkan Ceddy menerusi hantaran di laman Instagram miliknya baru-baru ini. Berkongsikan pengalaman berpuasa yang pernah dilaluinya, Ceddy berkata tahun lalu dia pernah berpuasa secara suka-suka.

Bagaimanapun, dirinya nekad untuk melaksanakan puasa penuh pada tahun ini
dengan lebih bersemangat setelah menerima galakkan dan sokongan dari para pengikutnya.

“Tahun sebelum ini saya pernah berpuasa, tapi puasa ‘tipu-tipu’ saja. Contohnya saya tak makan sepanjang hari, tapi saya minum air. Jadi, tahun ini merupakan tahun pertama saya betul-betul berpuasa.

“Pengalaman tahun ini sangat berbeza. Saya puasa atas saranan followers di media sosial. Dulu saya tak faham sangat, saya sahur macam makan kenduri. Tapi kali ini, ramai followers kongsi petua dengan saya.

“Setakat ini saya dah berpuasa penuh selama dua hari. Ramadan ketiga saya tak dapat puasa kerana perlu buat food review. Tapi saya akan kembali puasa pada hari Ramadan yang keempat,” ujarnya.

Tak Sangka Sahur Dengan ‘Air Nabeez’ Hilang Dahaga Seharian!

Lebih menarik lagi apabila, Ceddy menzahirkan rasa teruja apabila dia menyahut seruan para pengikutnya untuk mencuba bersahur dengan Air Nabeez serta berkongsi keajaiban ‘Air Nabeez’ dan manfaat air tersebut yang mampu menghilangkan rasa dahaga ketika menjalani ibadah puasa seharian.

“Kali ini saya cuba air nabeez iaitu air rendaman kurma. Selepas saya cuba air nabeez, followers saya beri cadangan agar kisarkan air rendaman itu dengan susu.

“Awalnya saya tak percaya, sebab kurma itu saiznya kecil. Saya fikir, boleh ke tahan sampai waktu berbuka puasa. Tapi rupa- rupanya, memang boleh tahan lapar.

“Walaupun sahur dengan air nabeez saja, saya tak dahaga langsung. Ini pengalaman sayalah, kalau orang lain saya tak tahu. Sebab ada orang kata dia tak tahan kalau makan kurma saja,” ujarnya lagi.

Artikel berkaitan: Puasa Tapi Tinggalkan Solat? Ketahui Hukumnya Menurut Mufti!

Mengulas isu sama, Ceddy menegaskan bahawa dia tidak berpuasa hanya untuk mendapatkan ‘kandungan media sosial’ semata-mata, sekaligus menolak dakwaan kolot segelintir masyarakat.

Ceddy berkata, dia berpuasa kerana cakna aakan manfaatnya kepada tubuh manusia, di samping mahu merasai sendiri kenikmatan Ramadan seperti umat Islam yang lain.

“Saya pantang orang cakap saya puasa sebab nak buat content semata-mata. Setiap kali saya live, mesti followers beri cadangan supaya saya puasa, mereka suruh saya cuba.

“Puasa ni bukan sekadar jaga makan, tapi kena jaga adab. Jangan buruk sangka. Saya bukannya buat content menyakitkan hati. Saya cuma nak beri inspirasi bahawa orang bukan Muslim pun boleh ikut sama berpuasa.

“Tahun ni saya target nak puasa sekurang-kurangnya 20 hari. Saya juga banyak tolak job pada bulan puasa. Tapi yang mana dah lock awal, saya akan lunaskan,” katanya penuh semangat.

Sumber: Instagram Ceddy Ang

Artikel berkaitan: Hidap ‘Gastrik’ Punca Puasa Terganggu? 6 Langkah Mudah Ini Penyelesaianya!

Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.