Lelaki ditemukan mati dalam longkang berdekatan rumah terbakar

Lelaki ditemukan mati dalam longkang berdekatan rumah terbakar

Sibu: Seorang lelaki ditemukan mati di dalam longkang berdekatan sebuah rumah yang musnah dalam kebakaran di Jalan Kok Tiong, Sungai Bidut di sini, malam tadi.

Ketua Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak Zon Sibu Andy Alie berkata, lelaki itu dikenali sebagai Ngu Hieng Sie, 58, ditemukan dalam keadaan terlentang dalam parit dipenuhi air.

Beliau berkata, panggilan kebakaran diterima pada 7.50 malam dan pasukan keluaran operasi (PKO) dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sungai Merah, terus digerakkan ke lokasi.

“PKO menemukan lelaki itu di dalam parit dipenuhi air berdekatan lokasi kejadian dan dipercayai terkena renjatan elektrik, kerana semasa diperiksa masih terdapat aliran elektrik di kawasan berair berkenaan,” katanya dalam kenyataan awal pagi, hari ini.

Ngu berkata, mayat mangsa diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.

Beliau berkata, semasa kejadian, seorang penghuni berjaya menyelamatkan diri, manakala seorang lagi penghuni tidak berada di rumah kerana keluar ke bandar.

© New Straits Times Press (M) Bhd

Scroll to Top