Lelaki meninggal dunia ketika mendaki bukit di Sungai Long

Lelaki meninggal dunia ketika mendaki bukit di Sungai Long

rnoraina@hmetro.com.my

Kajang: Seorang lelaki ditemukan meninggal dunia selepas melakukan aktiviti pendakian bukit di kawasan berhampiran Jalan Engang, Sungai Long, di sini, pagi ini.

Ketua Polis Daerah Kajang Asisten Komisioner Naazron Abdul Yusof berkata, polis menerima panggilan orang awam pada 8.01 pagi.

“Hasil siasatan mendapati lelaki berusia 58 tahun yang bekerja sendiri dipercayai sedang menjalankan aktiviti mendaki bukit di kawasan berkenaan sebelum ditemui terbaring berseorangan di atas jalan.

“Lelaki itu berpakaian lengkap berserta tongkat dan telefon bimbit miliknya turut ditemui di lokasi. Hasil siasatan tidak menemui sebarang unsur jenayah di lokasi,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Naazron berkata, mayat mangsa dihantar ke Hospital Kajang untuk bedah siasat dan laporan mendapati punca kematian disebabkan saluran darah ke jantung tersumbat.

Katanya, kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut (SDR).

Beliau meminta orang awam yang mempunyai maklumat berhubung kejadian untuk menghubungi Pegawai Penyiasat Sarjan Abang Faizul Abang Bujang di talian 012-9208851 atau mana-mana balai polis berdekatan.

© New Straits Times Press (M) Bhd

Scroll to Top