Lelaki nangis jalan kaki beri penjelasan, salahkan diri terlalu kongkong tunang

Lelaki nangis jalan kaki beri penjelasan, salahkan diri terlalu kongkong tunang

Sejak pagi tadi, tular di media sosial berkenaan satu video seorang lelaki yang berjalan kaki pada waktu malam dalam keadaan menangis teresak-esak.

Dia yang kelihatan murung itu memaklumkan sedang berasa kecewa kerana tunangnya membuat ‘hal’ mengakibatkan dia benar-benar patah hati.

Beberapa orang yang kebetulan lalu dikawasan tersebut telah menemuinya dan memberikan sedikit nasihat supaya dia tidak terus hanyut dengan perasaan sedihnya.

@a.amsyarr_

siapa buat dia ni 😤 cepat mengaku ! #fypシ゚viral #fyp #fypdongggggggg

♬ bunyi asal – a.amsyarr_ – a.amsyarr_

Selepas video yang dikongsikan oleh @a.amsyarr_ dan beberapa lagi rakaman tular, pelbagai spekulasi telah timbul dan ada diantaranya seakan tidak tepat.

Disebabkan itu, pengguna TikTok berkenaan telah datang ke rumah lelaki tersebut dan bertanyakan dengan lebih jelas supaya segala salah faham dapat dilenyapkan.

@a.amsyarr_

Membalas kepada @OmgAraa Ni part 2 bro ! ni penjelasan daripada tuan badan sendiri 🙏 #foryoupage #fypシ゚viral #trending #viral

♬ bunyi asal – a.amsyarr_ – a.amsyarr_

Dalam perkongsian tersebut, pemuda yang mendakwa tunangnya membuat ‘hal’ itu telah tampil menceritakan perkara sebenar dan mendedahkan dia dan pihak perempuan sudahpun berbincang mengenai perkara itu.

Jadi, dia meminta orang ramai supaya berhenti menularkan video-video tersebut kerana ia merupakan aib keluarga dan berharap supaya penjelasan yang dibuat dapat menjernihkan segala hal.

“Berkenaan video viral semalam, Alhamdulillah semuanya sudah selesai. Kedua-dua belah pihak sudah pun berbincang dengan baik dan pihak perempuan itu pun sudah kembali. 
“Cuma saya berharap, mana-mana TikTokers yang menyebarkan video saya itu turut menyiarkan penjelasan yang saya buat ini supaya orang ramai tidak membuat sebarang spekulasi yang boleh menimbulkan fitnah terhadap saya dan pihak tunang.
“Saya juga berharap mereka memadamkan video itu, kerana ia melibatkan aib keluarga kedua-dua belah pihak,” katanya.

Di kesempatan itu, dia mengakui bahawa dugaan ketika bertunang memang kuat dan apa yang berlaku semalam diluar kawalannya.

Tambah pemuda berkenaan lagi, dia merasakan tindakan menyalahkan pihak perempuan sepenuhnya juga tidak wajar kerana menyedari bahawa dirinya turut terlalu mengongkong sehingga wanita itu melakukan sesuatu yang tidak disukai.

“Sejujurnya dugaan bertunang itu memang kuat dan sakit. Apa yang berlaku semalam adalah di luar kawalan saya. Tambahan saya ketika itu sangat beremosi dan memang terfikir nak pergi ke sana untuk membawa dia balik. Tetapi hasrat saya tidak kesampaian. 
“Tidak wajar juga untuk saya menyalahkan dia semata-mata, mungkin salah saya juga yang terlalu mengongkong dia,” ujarnya.

Terdahulu, video seorang lelaki berjalan kaki sambil menangis telah menjadi perbualan netizen di media sosial. Dia kelihatan lesu dan penat apabila berjalan sendirian di dalam gelap sehingga diberhentikan oleh beberapa individu yang lalu disitu bagi membolehkannya berehat seketika.

Sumber: TikTok @a.amsyarr_