Rasa serba tak kena, Baby Shima pelik artis lain tayang ‘aset’ netizen puji pula

Rasa serba tak kena, Baby Shima pelik artis lain tayang ‘aset’ netizen puji pula

Nama selebriti kontroversi, Baby Shima rasanya tidak perlu diperkenalkan lagi. Ada sahaja cerita baru berkenaan dirinya yang menjadi perbualan netizen di media sosial sehingga kerap ditegur pendakwah-pendakwah.

Selain konten-kontennya yang mengundang kecaman, penampilannya yang agak seksi turut menjadi perhatian netizen sehingga kerap dipandang negatif.

Menerusi laporan dari Mstar, Baby Shima atau nama sebenarnya Nor Ashima Ramli  telah meluahkan rasa pelik terhadap sesetengah pihak yang kerap menghentamnya sedangkan apabila selebriti lain berpakaian seksi, tiada pula yang menegur mereka.

“Saya ada perasan segelintir selebriti wanita lain yang lebih seksi sehingga menayangkan aset tetapi tidak dikecam.
“Sebaliknya mereka dipuji dan tidak pula dikecam. Malah, saya yang tidak pernah menayangkan aset secara terbuka pula sering mendapat perhatian netizen,” katanya

Walau bagaimanapun, Shima mengakui yang kini dia lebih terbuka dan tidak mengambil pusing lagi sebarang komen-komen dan kecaman netizen terhadap dirinya.

“Sekarang saya sudah lali dan tidak kisah jika ada yang masih mengecam kerana apa sahaja yang saya lakukan pasti ada sahaja yang tidak kena di mata mereka.
“Bagi makan kucing pun kena kecam, buat apa sahaja semuanya dikecam, tapi bila buat show ramai pula yang datang,” ujarnya.

Tambah penyanyi itu lagi, dia pernah dihubungi oleh seorang pendakwah dengan memberikan teguran kepadanya dan akui bahawa lebih selesa dengan cara tersebut.

“Saya suka menerima teguran secara peribadi tanpa nama disebut kerana jika ditegur secara umum, saya jugalah yang akan menerima kecaman netizen nanti,” katanya.

Bercerita tentang perkembangan terkini kerjaya seninya, dia memaklumkan akan keluar dengan filem terbaru bertajuk  Biko yang akan ditayangkan di pawagam bermula 13 Oktober depan.

Antara pelakon yang sama membintangi filem tersebut adalah Azrel Ismail, Sara Ali, Syed Irfan dan Josiah Hogan dan diarahkan oleh Teng Bee.

Sumber: Mstar (Ain Norman)