Lelaki sanggup disaman, asalkan tak ‘clamp’ sebab risau ‘sportrim’ calar

Lelaki sanggup disaman, asalkan tak ‘clamp’ sebab risau ‘sportrim’ calar

Kalau pemandu lain sebolehnya mahu mengelak daripada disaman pihak berkuasa, lain pula dengan cara seorang lelaki ini ketika meletakkan kereta Honda City miliknya di tepi sebuah jalan.

Lelaki menggunakan nama @amruu.a itu berkongsi satu video di aplikasi TikTok memperlihatkan kereta itu mempunyai notis yang meminta pihak berkuasa supaya tidak mengunci tayar (clamping) kenderaan tersebut.

Berdasarkan notis dipaparkan pada cermin hadapan, lelaki itu lebih memilih untuk membayar saman asalkan pihak berkuasa tidak bertindak mengunci tayar keretanya di lokasi terbabit

@amruu.a

♬ suara asli – andre – andre

“Jangan clamping, saman je. Nanti saya bayar,” tulis notis berkenaan.

Disebabkan notis itu, ramai mempersoalkan apakah tujuan dia berbuat demikian sehingga sanggup untuk menghabiskan wang ringgit berbanding dikenakan tindakan ‘clamping’ yang berkemungkinan lebih murah.

Meninjau di ruangan komen, @amruu.a mendedahkan bahawa dia memikirkan ‘sport rim’ yang digunakan kerana bimbang sekiranya mengalami kesan calar akibat tindakan ‘clamping’ itu.

@amruu.a

#nvx155malaysia

♬ original sound – Mamamiqaisy – Mamamiqaisy🎭

Menurutnya, ‘sport rim’ jenis itu sukar untuk didapati menyebabkan dia lebih rela membayar saman meskipun dendanya mencecah dua kali ganda.

Sumber: TikTok @amruu.a

Scroll to Top