Tak mahu lapan isteri bergaduh, lelaki habiskan RM50,000 beli hadiah sama

Tak mahu lapan isteri bergaduh, lelaki habiskan RM50,000 beli hadiah sama

Seorang lelaki Brazil telah membelanjakan wang sebanyak £9,000 (kira-kira RM50,000) bagi membelikan hadiah untuk isteri-isterinya sempena Hari Valentine di negara tersebut.

Sebelum ini, Arthur O Urso yang juga seorang pempengaruh media sosial mendapat liputan luas media kerana berkahwin dengan sembilan orang wanita yang disifatkan bagi ‘meraikan cinta’.

Bagaimanapun, model berusia 32 tahun itu sudah bercerai dengan salah seorang isterinya sekali gus kekal mempunyai lapan orang isteri dalam kehidupannya.

Bagi meraikan rasa cinta terhadap orang tersayang, Arthur mengambil keputusan untuk menghadiahkan mereka sempena Hari Valentine itu yang diraikan pada 12 Jun lalu.

Pempengaruh itu berkata: “Teman wanita abadi, mereka sentiasa berhak mendapat yang terbaik,” katanya dalam satu temu bual dengan memetik laporan Daily Star.

Dia yang memiliki 126,000 pengikut di laman Instagram itu membawa enam daripada lapan isterinya, termasuk Luana Kazaki iaitu isteri pertama untuk membeli hadiah istimewa berkenaan.

Bercerita tentang hubungan rumah tangga, Arthur mengakui dia masih dalam proses pembelajaran selain berusaha menjadi suami terbaik terhadap kesemua isterinya.

“Saya masih belajar tentang ini. Apatah lagi saya mempunyai lebih daripada seorang isteri, jadi saya perlu menjadi terbaik bersama mereka,” ujarnya.

Tambah Arthur, dia perlu membeli hadiah sama bagi mengelakkan perselisihan faham antara kesemua wanita berkenaan.

“Saya sentiasa perlu membeli hadiah yang sama, kalau tidak berlaku pergaduhan antara mereka,” dedahnya lagi.

Sumber: Daily Star , Instagram Arthur O Urso