Lepak Geng Utagha tarik minat anak muda ke masjid

Lepak Geng Utagha tarik minat anak muda ke masjid

Mohammad Yaakub menambah, program itu juga inisiatif Masjid Darul Murtadha iaitu pusat sehenti (one stop centre) yang bukan sahaja berfungsi sebagai rumah ibadat tetapi juga diperluaskan kepada pelbagai aktiviti kemasyarakatan merangkumi aspek kesihatan sesuai kehendak lapisan masyarakat terutamanya golongan muda.

“Di samping itu, ia adalah kesinambungan penubuhan Kelab Budak Masjid yang ditubuhkan bagi mendekatkan anak muda ke masjid.

“Menerusi program itu, Yayasan Murtadha Berhad memberikan wang saguhati kepada anak muda yang hadir untuk solat berjemaah di masjid.

“Masjid Darul Murtadha juga mengambil iktibar daripada zaman Rasulullah yang memperluaskan peranan masjid kepada pusat aktiviti masyarakat dalam usaha mengeratkan ukhwah penduduk setempat,” katanya.

Mohamad Yaakub berkata, beberapa lagi usaha untuk dilakukan bagi menarik kehadiran orang ramai ke masjid.

“Antaranya adalah dengan menyediakan hotel kapsul sebagai kemudahan buat musafir untuk berteduh sebelum memulakan perjalanan mereka.

“Kemudahan lain adalah taman permainan kanak-kanak bagi menggalakkan anak-anak dan ibu bapa mengunjungi masjid.

“Usaha itu seiring dengan hala tuju Masjid Darul Murtadha yang menjadi sebahagian projek pembangunan Murtadha Dakwah Centre meliputi pembangunan rumah warga emas, kompleks tahfiz integrasi dan stadium e-sukan, hub sukan sunnah serta penyediaan khidmat pengurusan jenazah yang dilakukan secara percuma,” katanya. – MalaysiaGazette

Scroll to Top