“Lepas majlis tu, banyak event saya tak pergi. Bergambar pun takut..” – PU Amin

“Lepas majlis tu, banyak event saya tak pergi. Bergambar pun takut..” – PU Amin

Selepas gambar bersama ‘instafamous’ seksi menjadi tular di serata laman sosial, Pencetus Ummah (PU) Amin mengakui merasa serik dan kini lebih berhati-hati untuk menerima jemputan dari mana-mana individu.

Memetik temubual bersama mStar, pendakwah bebas itu berkata kontroversi tersebut adalah satu pengajaran buat dirinya dan pendakwah lain agar berjaga-jaga supaya tidak menimbulkan fitnah.

“Lepas majlis itu ada banyak jemputan event berbuka puasa, saya dah takut nak pergi.
“Nak bergambar pun dah takut sebab tu saya pakai mask macam sekarang ni, selain menjaga SOP saya jaga diri saya, ” ujarnya kepada mStar

Kata PU Amin, ramai pihak penganjur yang suka menjemput pendakwah untuk menghadiri majlis tetapi akhirnya menjadi bahan untuk dikecam netizen.

“Banyak program sekarang ni apa-apa je nak jemput pendakwah, penyudahnya mereka yang kena teruk.
“Apa-apa pun kalau boleh kita berjaga-jaga lah atas setiap jemputan yang datang, ” katanya.

Tambahnya lagi, salah satu tujuannya memenuhi jemputan tersebut adalah untuk menyampaikan dakwah kepada semua golongan masyarakat yang menghadiri majlis berkenaan.

Terdahulu, pemilik nama Mohamad Amirul Amin Maula Lokman Hakim itu teruk dikecam netizen apabila beberapa keping gambar bersama instafamous seksi tular di serata laman sosial.

Berikutan itu, PU Amin tampil menjelaskan perkara sebenar dan meminta instafamous terbabit memadam gambar mereka di laman sosial Instagram.

Sumber: mStar Online (Hawa Soleha Saleem)

 

Scroll to Top