Lepas sebulan dilahirkan, MK K-Clique pilih nama Aya Rayana buat puteri sulung

Lepas sebulan dilahirkan, MK K-Clique pilih nama Aya Rayana buat puteri sulung

Selebriti terkenal, MK K-Clique pilih nama Aya Rayana buat puteri sulung selepas sebulan isteri tersayang, Siti Haajar selamat melahirkan zuriat mereka.

Menerusi perkongsian MK atau nama sebenarnya,  Muhammad Hairi Amin bin Hamdan, 28 di Instagram, dia telah memuat naik nama indah itu beserta maksud untuk tatapan pengikut di media sosial.

Instagram will load in the frontend.

MK K-Clique pilih nama Aya Rayana, bawa maksud yang indah

Difahamkan, Aya dalam bahasa Arab membawa maksud tanda dan bukti kebesaran Allah S.W.T dan Rayana pula adalah pintu ke syurga.

MK K-Clique pilih nama Aya Rayana

MK K-Clique pilih nama Aya Rayana, doa yang baik buat keturunan

Dia juga menitipkan doa di ruangan kapsyen agar menjadi dirinya dan keturuan yang mengerjakan solat serta barharap agar permohonannya diperkenankan oleh Allah S.W.T.

Artikel lain: Tahniah! MK K-Clique timang bayi perempuan -“Anugerah terbesar daripada Allah”

Assalamualaikum Aya Rayana

Menjengah ke ruangan komen, ramai yang memuji nama yang diberikan kepada puteri sulungnya dan disifatkan cukup baik.

Mereka juga mengucapkan selamat datang kepada Aya Rayana serta mendoakan agar cahaya mata MK dan isteri membesar menjadi anak yang solehah serta berbakti kepada orang tua.

MasyaAllah sedapnya nama!

Semoga membesar menjadi anak yang solehah

 

Sekadar info, MK dan Siti Haajar telah menimang cahaya mata pertama pada 3 Ogos lalu selepas seminggu mendedahkan isterinya berbadan dua menerusi satu klip video sempena ulang tahun kelahiran yang ke-28 dan dikongsi di media sosial.

Penyanyi tersebut telah mendirikan rumah tangga pada 16 Jun 2023.

Sumber: Instagram hairiwhuut