Nadia Brian tak penat ditanya soal jodoh – “Ada ke lelaki sanggup bersama saya yang sentiasa sibuk?”

Nadia Brian tak penat ditanya soal jodoh – “Ada ke lelaki sanggup bersama saya yang sentiasa sibuk?”
“Saya tak nafikan banyak terima mesej langsung (DM) dalam dalam Instagram (IG). Ada yang nak berkenalan dan berkawan. Tapi, sekarang saya sangat sibuk bekerja.
“Jadi, saya tak tahulah adakah ada lelaki yang sanggup bersama saya yang sentiasa sibuk. Bagaimanapun, saya kena hadkan waktu apabila sudah sampai tahap usia tertentu.
“Jujurnya, saya belum ada sesiapa lagi. Sudah tentu saya mahu yang terbaik dan hubungan berpanjangan, jadi doa yang baik-baik,”kongsi Nadia Brian.

Untuk rekod, Nadia Brian pernah berkahwin dengan Muizz Nasruddin pada 9 November 2019 sebelum bercerai pada April 2021

Artikel lain: Nadia Brian tak tolak kahwini suami orang, mahu lelaki bertanggungjawab & beriman

Dalam perkembangan lain, Nadia bakal membintangi filem Duyung: Legenda Aurora bersama barisan pelakon seperti Anna Jobling, Maya Karin, Saiful Apek, Ayie Floor 88, Yasmin Hani, Yassin Senario, Datuk Yusry Abdul Halim, Atu Zero, Sharif Zero, Aniq Aqil dan Aidilia Hilda.

Scroll to Top